KUALA TERENGGANU : Pertikaian mengenai tarikh hari pertama umat Islam berpuasa dan menyambut Aidilfitri tidak sepatutnya berlaku kerana pakar-pakar falak di Malaysia sering bermuzakarah dalam isu tersebut. Pengarah Institut Penyelidikan Alam Sekitar Pantai Timur (ESERI), Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Prof. Madya Dr. Roslan Umar berkata, pertikaian itu berlaku apabila terdapat individu tertentu membuat perbandingan tarikh tersebut dengan Arab Saudi sebagai rujukan mereka. Menurutnya, proses penentuan tarikh hari pertama umat Islam berpuasa dan menyambut 1 Syawal telah dijalankan dengan sangat teliti oleh pakar-pakar falak di seluruh negara. “Oleh itu, keputusan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya