Perit dibayar murah, taraf pemenang anugerah - Utusan Malaysia

Perit dibayar murah, taraf pemenang anugerah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BUKAN semua tatapan dunia Hollywood itu dikisahkan dengan cerita-cerita indah yang digembar-gemburkan sebagai satu laluan mudah jika anda mahu mengejar glamor dengan menjadi seorang pelakon ternama sekali gus dikenali seantero dunia.

Hakikat sebenar, banyak laluan berliku yang harus ditempuhi. Hatta seseorang yang mempunyai latar belakang dunia per leman atau bakat lakonan sekali pun belum tentu mampu menjadikannya sebagai satu insurans dalam kerjaya.

Buktinya, ramai sahaja antara pelakon di Barat yang pernah menerima bayaran murah meskipun mereka bertaraf pemenang anugerah.

Pendek kata, anugerah berprestij yang dirangkul, jika tidak disertai dengan ‘bantuan’ tuah badan, alamatnya memang susah juga hendak meraih pendapatan selesa apa lagi hidup sebagai artis yang kaya raya.

Berikut adalah antara lima selebriti terkemuka Hollywood yang mengakui pernah menerima nasib seperti itu sebelum bangkit menuntut hak masing-masing.

CHRISTIAN BALE

MENERUSI satu sesi temu bual bersama majalah GQ, pelakon ini mengakui pernah menerima bayaran rendah untuk membawakan satu watak psiko.

Tanpa menyebut naskhah yang mana, Christian memberitahu, waktu itu, dia benar-benar memerlukan wang kerana kediaman yang diduduki bersama ayah dan adiknya bakal disita oleh pihak bank.

“Saya terpaksa ambil juga tawaran lakonan tersebut kerana memikirkan, sekurang-kurangnya saya ada sedikit wang untuk hidup. Masih saya ingat, sewaktu penggambaran berlangsung, saya duduk di dalam sebuah van produksi.

“Jurusolek yang bertugas ketawakan saya kerana mengetahui saya dibayar lebih rendah berbanding gaji mereka. Sedangkan ramai tidak tahu yang saya sedang berdepan dengan masalah rumah bakal disita,”katanya.

RYAN GOSLING

PELAKON popular ini mengakui pernah menerima bayaran sebanyak RM4,791 seminggu ketika dia terlibat dalam filem Half Nelson pada tahun 2006.

Menerusi filem itulah juga, Ryan berjaya merangkul anugerah Oscar pertamanya. Kata Ryan, penggambaran filem itu mengambil masa selama 23 hari dan jumlah keseluruhan bayaran yang diterimanya untuk khidmat lakonan yang diberikan cuma RM15,332.

SHARON STONE

PELAKON berusia 66 tahun ini mendedahkan, dia pernah dibayar dengan jumlah tidak setimpal sewaktu membintangi filem hits, Basic Instinct pada tahun 1992.

Kongsinya dalam satu program hiburan, gaji yang diterimanya untuk watak Catherine Tramell itu terlalu sedikit berbanding gaji yang diterima aktor, Michael Douglas yang menjadi pasangannya dalam filem tersebut.

“Bayangkan, produksi mampu membayar Michael sebanyak RM67 juta, sedangkan saya hinggakan tidak mampu untuk membeli sepasang busana untuk digayakan sewaktu hadir ke majlis Anugerah Oscars tahun seterusnya.

“Masih saya ingat, dibelenggu dengan perasaan pelik disebabkan tiba-tiba sahaja menjadi popular sedangkan dalam kocek, duit pun saya tak ada,”katanya.

AMANDA SEYFRIED

DALAM satu program temubual bersama media antarabangsa, pelakon ini mendedahkan, dia juga pernah menerima bayaran tak masuk akal oleh produksi gergasi Hollywood.

“Dalam sebuah lem yang saya bintangi, saya dapat tahu bayaran yang diberikan kepada saya sangat rendah iaitu 10 peratus daripada gaji yang diterima oleh pasangan aktor saya dalam naskhah tersebut.

“Sedangkan, standard lakonan kami sama taraf. Saya rasa, masih ada orang dalam industri seni ini yang menganggap perkara ini boleh diambil mudah. Pelakon wanita macam saya dianggap mudah sahaja mengangguk kepala terima tawaran meskipun dibayar kecil.

“Harus ditekankan, ini bukan tentang berapa banyak yang kita dapat. Tetapi tentang keadilan. Perkara ini sebenarnya banyak berlaku terhadap pelakon wanita di Hollywood,”katanya.

PRIYANKA CHOPRA

MESKIPUN kini telah berjaya menempa nama di Hollywood, Priyanka Chopra masih belum dapat melupakan, bagaimana dia pernah menerima bayaran yang tidak adil berbanding seorang aktor yang berlakon bersamanya untuk sebuah filem di Bollywood.

Kata Priyanka, dia ditawarkan untuk berlakon dalam sebuah filem Bollywood namun setelah selesai menjalani penggambaran, barulah dia mendapat tahu bahawa bayaran pelakon lelaki yang terlibat lebih tinggi berbanding dirinya.

“Pengarah dan penerbit filem itu mengatakan, filem ini membariskan aktor lelaki yang hebat-hebat. Jadi kerana itu, bayaran untuk pelakon wanita terpaksa dikurangkan.

“Mahu tahu berapa yang saya dapat? Kurang lebih lima peratus sahaja daripada bayaran yang diberikan kepada aktor lelaki terbabit. Sungguh tidak adil,”katanya

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya