KUALA KUBU BAHARU: Situasi semasa penamaan calon bagi Pilihan Raya Kawasan (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu tegang apabila kumpulan penyokong Perikatan Nasional (PN) melaungkan perkataan ‘ubi kayu, menteri kayu’ secara berulang. Keadaan tersebut tercetus semasa penyokong PN berarak menunggu masuk Jalan Merdeka sebelum berarak masuk ke pusat penamaan calon di Dewan Merdeka yang mana terdapat tempat berkumpul khas penyokong Pakatan Harapan (PH). Bagaimanapun, tiada insiden tidak diingini berlaku. – UTUSAN
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya