GEORGIA: Penyanyi rap, GloRilla dikenakan tindakan undang-undang kerana memandu dalam keadaan mabuk di sini, baru-baru ini.
GloRilla atau nama sebenarnya Gloria Woods yang pada selasa lalu memandu kenderaan jenis Mercedes-Benz berwarna hitam juga didakwa kerana gagal mematuhi alat kawalan trafik kerana pengaruh alkohol.
Penyanyi berusia 24 tahun itu ditahan dekat Suwanee, kira-kira 48 kilometer dari timur laut Atlanta.
Beliau dimasukkan ke dalam lokap sekitar pukul 6.12 pagi pada waktu kejadian namun dibebaskan pada hari yang sama.
Penyanyi yang popular menerusi lagu Yeah Glo! itu sehingga ke hari ini terus mengunci mulut berkenaan insiden terbabit.