Penumpang bas kilang hanya imbas kod QR masuk Singapura

Penumpang bas kilang hanya perlu imbas kod QR masuk Singapura

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SINGAPURA: Rakyat Malaysia yang melakukan perjalanan ke Singapura dengan menaiki bas kilang hanya perlu mengimbas kod QR di kedua-dua pusat pemeriksaan imigresen, bermula Jun depan.

Pengerusi Jawatankuasa Kerja, Pengangkutan dan Infrastruktur Johor, Mohamad Fazli Mohamad Salleh berkata, pelawat akan menggunakan pelepasan kod QR di kedua-dua Kompleks Imigresen di Bangunan Sultan Iskandar dan Kompleks Sultan Abu Bakar, yang menghubungkan Koswe Johor-Singapura dan Tuas LinKedua.

“Inisiatif ujian perintis ini hanya melibatkan rakyat Malaysia yang melakukan perjalanan dengan menaiki bas kilang sahaja.

“Pelawat masih perlu membawa pasport mereka kerana ketika ini, sistem kod QR bagi kedua-dua negara (Malaysia dan Singapura) berfungsi secara berbeza dan belum bersepadu.

“Pelawat yang memegang pasport Singapura belum lagi termasuk dalam inisiatif berkenaan,” katanya kepada berita.mediacorp.

Kaedah yang diterajui oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN) Malaysia itu dilaksanakan susulan langkah Penguat kuasa Pusat Pemeriksaan dan Imigresen Singapura memperkenalkan inisiatif kod QR bagi mereka yang menaiki kereta di sempadan laluan darat.

Langkah yang diperkenalkan Singapura itu menerima maklum balas positif sekaligus meningkatkan permintaan pelawat dah ahli perniagaan dari Johor supaya Kerajaan malaysia melancarkan inisiatif serupa.

Kilang bas merupakan kenderaan yang didaftar di Malaysia, yang membawa pekerja antara Johor Bahru dengan kawasan-kawasan perindustrian di Singapura. Media tempatan menganggarkan kira-kira 500 bas kilang akan melalui pusat pemeriksaan setiap hari.

Mengulas lanjut, Fazli berkata, menerusi inisiatif perintis itu, pegawai imigresen akan menaiki bas kilang dengan alat pengimbas di pusat pemeriksaan tersebut.

“Kemudian mereka akan mengimbas kod QR bagi setiap pelawat. Kod QR tersebut dijana daripada satu aplikasi di telefon bimbit mereka.

“KDN serta Jabatan Imigresen akan membuat pengumuman selanjutnya untuk mengesahkan butiran pelaksanaan sistem kod QR itu,” jelasnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya