PUTRAJAYA: Kerajaan bersetuju menyalurkan Bantuan Khas Kewangan (BKK) Aidilfitri kepada penjawat awam gred 56 ke bawah sebanyak RM500.
Ketika mengumumkan perkara itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, bantuan itu akan mula dibayar pada Jumaat ini, 5 April termasuk keapda kakitangan awam lantikan kontrak.
Beliau berkata, bantuan khas sebanyak RM250 pula akan diberikan kepada golongan pesara kerajaan termasuk veteran berpencen dan tidak berpencen.
“Insya-Allah saya telah maklumkan kepada perbendaharaan supaya BKK Aidilfitri dibayar mulai Jumaat ini, 5 april,” katanya ketika berucap pada majlis perhimpunan bulanan Jabatan Perdana Menteri, di sini hari ini. – UTUSAN