KUALA LUMPUR: Penipuan khidmat pesanan ringkas (SMS) melalui mesej pautan dikesan kembali aktif apabila sebanyak 18 kes dilaporkan dengan kerugian RM229,868 sejak 1 Januari hingga 17 April lalu. Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata, mangsa dilaporkan menerima SMS kononnya daripada syarikat telekomunikasi terkenal seperti Maxis, Celcom dan Digi. Katanya, kandungan SMS tersebut menyatakan mangsa mempunyai mata ganjaran yang bakal tamat tempoh dan digesa untuk segera menebus mata ganjaran tersebut melalui pautan yang disertakan. “Mangsa yang menekan pautan tersebut akan diminta untuk memasukkan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya