KUALA LUMPUR: Pelakon dan selebriti media sosial, Raja Ilya terpaksa berputih mata selepas sejumlah RM1,000 lesap dikebas seorang pemilik rumah inap yang menggunakan platform tempahan dalam talian terkemuka. Bercakap kepada Utusan Malaysia, Raja Ilya berkata, dia yang membuat tempahan dan selesai membuat pembayaran sejak Sabtu lalu untuk tempoh seminggu tidak dapat menginap di kediaman yang ditempah atas alasan tidak munasabah. “Sejak dua minggu lepas saya sudah pulang ke Malaysia untuk menyambut hari raya bersama keluarga di sini. Selesai beraya di kampung, saya ke Kuala Lumpur untuk menghabiskan masa seminggu di…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya