KANGAR: Seorang peniaga ketam didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan menghina Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail pada 6 Mac lalu. Tertuduh, Hasbullah Mohammad, 41, bagaimanapun mengaku tidak bersalah atas pertuduhan itu dan memohon dibicarakan. Mengikut pertuduhan, Hasbullah didapati menggunakan akaun Facebook miliknya, ‘Muhammad Muhammad (Ku Tehh Ku Muhammad)’ bagi membuat dan memulakan penghantaran komunikasi yang jelik menghina Raja Perlis. Kesalahan itu disedari oleh pengadu kira-kira pukul 3.26 pagi di Taman Fauziah di sini, pada 6 Mac lalu. Bagi kesalahan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya