PUTRAJAYA: Pegawai penguat kuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dibolehkan untuk tidak memakai uniform atau vest bagi tujuan penyamaran ketika melakukan operasi. JPJ dalam kenyataan memaklumkan, walau bagaimanapun, pegawai penguat kuasa perlu mengemukakan pengenalan diri (kad kuasa) yang dikeluarkan Ketua Pengarah sekiranya diminta berbuat demikian. Katanya, perkara itu selaras dengan Seksyen 123 (1) dalam Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333). “JPJ mengambil maklum mengenai video tular berkaitan tiga anggota penguat kuasa JPJ tidak memakai uniform atau vest ketika melakukan operasi dan mengesahkan bahawa ketiga-tiganya adalah pegawai penguat kuasa JPJ. “Jabatan ini…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya