Pengkhianatan terhadap kemanusiaan di Gaza

Pengkhianatan terhadap kemanusiaan di Gaza

MARTIN GRIFFITHS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Peperangan Israel terhadap Hamas di Gaza meningkat menjadi pengkhianatan terhadap kemanusiaan, kata Ketua Kemanusiaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Martin Griffiths.

Beliau berkata, ada perhitungan bagi setiap pengkhianatan manusia ini.

“Setiap hari, perang ini menuntut lebih ramai mangsa awam terkorban.

“Setiap detik ia terus menyemai benih masa depan yang dikaburkan oleh konflik tanpa henti ini,” katanya yang akan meninggalkan jawatannya pada akhir Jun ini atas sebab kesihatan.

Peperangan bermula pada 7 Oktober lalu dengan serangan yang tidak pernah berlaku sebelum ini oleh pejuang Hamas mengakibatkan kematian 1,170 orang di selatan Israel, kebanyakannya orang awam.

Pejuang Palestin turut mengambil kira-kira 250 tebusan Israel dan asing, kira-kira 130 daripadanya kekal di Gaza termasuk lebih 30 orang yang dikatakan tentera sudah mati.

Bersumpah untuk memusnahkan Hamas, Israel tanpa henti mengebom wilayah itu melalui udara, darat dan laut, membunuh sekurang-kurangnya 33,137 orang, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak, menurut Kementerian Kesihatan di wilayah kendalian Hamas.

Griffiths turut mengkritik berhubung prospek yang tidak wajar untuk meningkatkan lagi peperangan di Gaza di mana tiada sesiapa yang selamat dan tiada tempat yang selamat untuk dituju.

Dia menambah bahawa operasi bantuan yang sudah rapuh terus dilemahkan oleh pengeboman, ketidakamanan dan penafian akses.

“Pada hari ini, hati saya bersedih kepada keluarga mereka yang terbunuh, cedera atau dijadikan tebusan dan kepada mereka yang menghadapi penderitaan tertentu kerana tidak mengetahui nasib orang tersayang mereka,” katanya dalam kenyataan itu. -AFP

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN