KUALA LUMPUR: Penerbangan pertama jemaah haji dari Malaysia ke tanah suci untuk tahun ini dijadualkan pada 9 Mei, manakala penerbangan terakhir pula adalah pada 9 Jun, kata Lembaga Tabung Haji (TH). Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Syed Hamadah Syed Othman berkata, kuota haji bagi jemaah dari Malaysia kekal 31,600 sebagaimana yang diumumkan Arab Saudi sebelum ini. “Kami telah berusaha mendapatkan kuota tambahan, namun masih terlalu awal untuk mendapatkan jawapan. “Kesemua 31,600 bakal jemaah haji telah pun menerima tawaran masing-masing, kebanyakannya memang giliran mereka jatuh pada 1445 Hijrah (tahun…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya