Penduduk Ulu Tembeling bakar lemang buluh kuning

Penduduk Ulu Tembeling bakar lemang buluh kuning

LEMANG buluh kuning
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JERANTUT: Masyarakat Melayu Kampung Bantal, Ulu Tembeling daerah ini memilih menggunakan buluh kuning untuk  lemang sempena Hari Raya Aidilfitri dan majlis-majlis kebesaran tertentu.

Penduduk Kampung Bantal, Japrun Ali, 64, berkata, lemang buluh kuning sinonim dengan penduduk di sini kerana menjadi   warisan setiap kali hari raya.

“Beberapa tahun sebelum ini, saya dan abang, Asmayudin Ali yang usia 72 tahun terpaksa meredah Gunung Mandi Angin dan Banjaran Terengganu Tengah untuk sampai ke Kampung Pasir Raja bagi mengambil benih pokok buluh kuning yang ditanam oleh saudara kami di sana setiap kali sebelum Hari Raya Aidilfitri dan Hari Raya Aidiladha bermula.

“Tetapi, tahun ini kami tidak perlu lagi ke Kampung Pasir Raja kerana pokok buluh ini sudah tumbuh membesar setelah benihnya diperoleh daripada saudara di Ulu Terengganu dan ditanam sejak 15 tahun lalu,” katanya di Kampung Bantal, Ulu Tembeling dekat sini hari ini.

Dia berkata, cara membuat lemang buluh kuning sama seperti juga menggunakan buluh lemang hijau, tetapi ada kelainan pada tekstur pulut yang dibalut daun lerek yang  siap dimasak seakan-akan sederhana lembut  tetapi  aromanya segar.

“Lagipun keistimewaan buluh kuning ini cepat panas mampu mengurangkan tempoh masa memasak (membakar) lemang, iaitu tidak lebih dua jam berbanding buluh hijau kadang-kadang hampir tiga jam.

“Pengawalan api cukup mudah kerana buluh kuning cepat meresap kepanasan (haba) bara api malahan tidak meninggalkan kesan keras pulut di dalam buluh seperti dimasak dalam buluh hijau,” katanya.

Katanya, lemang buluh kuning yang siap dimasak  boleh dicecah dengan daging rendang atau ayam rendang seperti lemang buluh hijau.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN