Penduduk Jogjakarta sambut 1 Syawal hari ini - Utusan Malaysia

Penduduk Jogjakarta sambut 1 Syawal hari ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Ketika umat Islam di seluruh dunia masih lagi berpuasa sempena Ramadan, lain pula ceritanya di Jogjakarta, Indonesia yang sudah meraikan 1 Syawal, hari ini.

Dilaporkan sebahagian penduduk Islam di daerah Panggang, Gunungkidul sudah menunaikan solat sunat Aidilfitri di rumah imam Masjid Aolia di Kabupaten Gunungkidul, awal pagi tadi.

Imam masjid itu, Sholeh Pranolo menjelaskan hari raya tahun ini disambut berdasarkan kalendar mereka, yang menyaksikan 1 Syawal 1444 Hijrah jatuh pada hari ini.

“Di Indonesia, tiada masalah untuk kita beraya lebih awal atau puasa awal.

“Apa yang penting adalah menjaga kesatuan dan jangan menyalahkan antara satu sama lain,” katanya lapor Detik News.

Difahamkan, tiada takbir raya dilakukan seperti tahun-tahun sebelumnya.

Sebelum ini, jemaah masjid itu mencuri perhatian apabila sudah mula menjalani ibadah puasa pada Khamis, 7 Mac 2024, berbanding di Malaysia yang menyambutnya pada 12 Mac.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya