SUNGAI PETANI: Tindakan seorang lelaki mencuri 112 naskhah akhbar Kosmo! dalam kejadian di sebuah lokasi pengedaran akhbar itu di Taman Petani Jaya, di sini Khamis lalu mengundang padah apabila dia berjaya ditahan polis dua hari kemudian. Suspek berusia 35 tahun itu ditahan di rumahnya di Pengkalan Lebai Man, di sini selepas polis melakukan siasatan berdasarkan televisyen litar tertutup (CCTV) yang merakam kejadian pada pukul 12.15 tengah malam. Turut ditemui semula adalah keseluruhan naskhah akhbar tersebut yang belum sempat dijualnya sebagai barang terpakai. Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Wan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya