Pemuda UMNO dakwa PN cetus provokasi hari penamaan calon

Pemuda UMNO dakwa PN cetus provokasi hari penamaan calon

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

HULU SELANGOR: Pemuda UMNO Selangor menggesa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk menyiasat  dan mengambil tindakan  terhadap provokasi yang didakwa  dilakukan penyokong Perikatan Nasional (PN) ketika hari penamaan calon Sabtu lalu.

Ketua Pemuda UMNO Selangor, Datuk Imran Tamrin berkata, beliau melihat perarakan penyokong PN membawa salah satu sepanduk yang mencantum dua logo parti tersebut jadi satu. 

“Kami lihat satu logo itu sebahagian daripada logo UMNO dan sebahagian lagi logo DAP yang mana ia menukarkan keris dengan roket yang merupakan logo DAP. 

“Kami yakin dan percaya itu sengaja dibuat dengan niat jahat secara langsung ingin mendatangkan rasa sakit hati dan tidak senang yang mana ia boleh membawa kepada pemecahan undi yang memihak kepada parti PN.,” kata beliau selepas  sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Hulu Selangor di sini hari ini. 

Menurut beliau, tindakan sepanduk tersebut adalah sesuatu perkara yang menyalahi Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954. 

Sementara itu, Imran berkata, beliau menyeru semua parti yang bertanding dalam Pilihan Raya Kecil Kuala Kubu Baharu supaya berkempen secara sihat, progresif dan tiada unsur provokasi terhadap parti lain. 

“Kita berbincang dan membawa isu-isu rakyat dan tempatan yang polisi dan dasar-dasar yang boleh memberi kelebihan kepada rakyat yang boleh dibawa oleh parti tersebut.

“Kalau tiada perkara lain yang ingin ditimbulkan oleh penyokong PN, jangan main dengan sentimen dan politik kotor yang mana ia boleh membawa kepada kebencian, memecah semangat dan keharmonian antara kaum, masyarakat dan komuniti setempat,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya