KUANTAN: Seorang ibu tunggal buntu memikirkan nasib keluarganya selepas perlu mencari wang segera berjumlah RM5,000 bagi membolehkan anaknya menjalani pembedahan akibat retak tumit. Bercakap kepada Utusan Malaysia, Noriah Awang, 60, berkata, tumit anaknya, Muhammad Hafizzudin Muhammad, 22, retak selepas terlibat kemalangan pada 14 Mac lalu. Katanya, pembedahan memasang empat batang skru ke dalam tulang tumit anaknya itu perlu dilakukan segera bagi memulihkan kembali struktur tulang yang patah. “Saya menjual kuih dan memperoleh pendapatan bersih sekitar RM30 hingga RM50 sehari. Mana mungkin dapat kumpulkan wang dalam masa singkat. “Terus terang cakap,…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya