KULIM: Seorang pemuda dihadapkan ke Mahkamah Majistret, di sini hari ini atas pertuduhan membunuh seorang pemandu lori di hadapan premis cuci kereta dan kedai kopi, lebih dua bulan lalu. Tertuduh, R. Uvarajan, 29, mengangguk faham sebaik pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Majistret Jamaliah Abd. Manap. Bagaimanapun tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh. Mengikut pertuduhan, dia bersama seorang yang telah dituduh dan seorang lagi yang masih bebas didakwa membunuh M. Sharma Naidu, 28, dengan cara menetak mangsa menggunakan senjata tajam di bahagian muka, tangan dan badan. Dia didakwa melakukan perbuatan itu antara…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya