GUA MUSANG: Seorang pembantu stor maut selepas motosikal yang ditunggangginya terbabas sebelum bertembung sebuah treler di Kilometer 75 Jalan Gua Musang-Kuala Krai, di sini semalam. Kejadian kira-kira pukul 2.20 petang itu menyebabkan Mohammad Amirul Haikal Mazlan, 22, meninggal dunia di lokasi kejadian selepas mengalami kecederaan sehingga kehilangan banyak darah dan patah kaki kiri. Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Sik Choon Foo berkata, siasatan awal mendapati, mangsa menunggang motosikal jenis Yamaha 16ZR sedang dalam perjalanan dari arah Gua Musang ke Kuala Krai. Menurutnya, setiba di lokasi kejadian, motosikal mangsa dipercayai…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya