GERIK: Seorang pemandu lori sanggup menggadai nyawa sendiri dengan melanggar besi penghadang jalan bagi mengelak daripada merempuh deretan kenderaan di hadapannya dalam kejadian berhampiran Kampung Air Panas, di sini hari ini. Menerusi dua rakaman kamera papan pemuka berdurasi satu minit yang tular dalam media sosial, tindakan pantas pemandu lori itu menyelamatkan deretan kenderaan lain di hadapannya yang sedang berhenti menunggu giliran sementara kerja-kerja pembaikan jalan sedang dijalankan di hadapan. Difahamkan, pemandu lori berkenaan tidak cedera. Sementara itu, rakaman yang dikongsikan Ayern Nazz di laman Facebook mendapat maklum balas positif orang ramai…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya