KOTA TINGGI: Kerajaan akan merangka pelan tindakan untuk memberikan lebih banyak perlindungan undang-undang kepada kanak-kanak warganegara dan bukan warganegara melalui simposium antarabangsa pemerkasaan suruhanjaya kanak-kanak yang akan dianjurkan selama dua hari. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, program berkenaan dianjurkan dengan kerjasama Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM) dan bahagian undang-undang yang akan menampilkan pakar-pakar dari luar negara. “Kita bawa beberapa pakar dari luar negara, mereka yang wujudkan pejabat suruhanjaya kanak-kanak dan kita akan menilai cara mereka, cabaran mereka supaya kesilapan mereka…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya