SHAH ALAM: Seorang pekerja sebuah kilang pemproses batu maut akibat terjatuh ke dalam tangki pembancuh simen (ground tank) dekat tempat kerjanya di Seksyen 35 di sini, hari ini. Penolong Pengarah Bahagian Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pihaknya menerima panggilan pada pukul 12.55 tengah hari tadi sebelum mengerahkan sepasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sri Andalas ke tempat kejadian. “Terdapat seorang lelaki pekerja kilang berusia dalam lingkungan 50-an terjatuh ke dalam ground tank. Kerja-kerja mengeluarkan mangsa dilakukan oleh bomba,” katanya kepada pemberita, hari ini.…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya