SHAH ALAM: Pejabat Menteri Besar Selangor bersedia memberi kerjasama kepada pihak berkuasa mengenai dakwaan Badrulhisham Shahrin atau Chegu Bard kepada Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari menerusi hantaran di media sosial. Setiausaha Politik Menteri Besar Selangor, Saifuddin Shafi Muhammad berkata, Chegu Bard mendakwa kononnya Amirudin meluluskan tanah kepada syarikatnya sendiri. “Saya meneliti hantaran di laman Facebook berkaitan laporan polis yang dibuat oleh Chegu Bard. “Dakwaan beliau itu kononnya disokong dengan dokumen yang kerajaan negeri Selangor memberi 100.04 ekar tanah di Dengkil kepada Landasan Lumayan Berjaya Sdn Bhd”, katanya. Tegas beliau,…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya