PDRM terima sumbangan tiga kenderaan ronda lebuh raya

PDRM terima sumbangan tiga kenderaan ronda lebuh raya

SAZALLY Saidi (dua dari kanan) menyerahkan replika kunci simbolik penyerahan tiga unit kenderaan peronda kepada Razaruddin Husain di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Kuala Lumpur, kelmarin.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kumpulan Amanat Lebuhraya Rakyat Berhad (ALR) menyumbangkan tiga unit kenderaan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi mempertingkat rondaan trafik demi  keselamatan orang ramai di empat  lebuh raya kendalian Kumpulan ALR di Lembah Klang.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan ALR, Sazally Saidi berkata, kenderaan baharu tersebut bakal membantu Unit Expressway Mobile Police Vehicle (EMPV) di bawah seliaan Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan (JSPT) untuk mengadakan rondaan lebih efisien.

RAZARUDDIN Hussain dan Sazally Saidi bersama Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Mohd. Azman Ahmad Sapri (kiri) menunjukkan isyarat ‘bagus’ sewaktu menerima tiga unit kenderaan peronda sumbangan Kumpulan Amanat Lebuhraya Rakyat Berhad (ALR).

“Pasukan EMPV mengawasi  Lebuhraya SPRINT, LDP dan Lebuhraya KESAS yang dikenakan tol dengan jumlah aliran trafik sehari satu juta manakala hampir 3.5 juta trafik di kawasan tanpa tol di Lebuhraya SPRINT, Lebuhraya Damansara-Puchong dan Lebuhraya KESAS.

“Keberkesanan aspek penguatkuasaan dan kawalan lalu lintas menuntut kerjasama yang erat  antara Kumpulan ALR dan pihak PDRM,” katanya.

Terdahulu, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan ALR, Sazally Saidi menyerahkan kenderaan tersebut kepada PDRM pada majlis penyerahan disertai  Ketua Polis Negara Tan Sri  Seri Razaruddin Husain di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman hari ini.

Menurut Sazally, sumbangan kenderaan-kenderaan peronda itu adalah selaras dengan sokongan berterusan kumpulan tersebut  untuk inisiatif-inisiatif keselamatan jalan raya.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya