Pawagam dan raya di era awal 2000 - Utusan Malaysia

Pawagam dan raya di era awal 2000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MENGIMBAU kembali industri lakon layar negara ketika di awal tahun 2000, nama pengarah Prof. Madya Datuk Dr. A Razak Mohaideen sering menjadi tumpuan publik. 

Ramai yang menantikan naskhah terbaharu daripada jejaka asal Pulau Pinang itu khususnya menjelang lebaran. 

Filem seperti Mami Jarum, Kuliah Cinta, I Know What You Did Last Raya, 7 Perhentian, Raya Tak Jadi, Jutawan Fakir dan Hingga Hujung Nyawa pernah menjadi antara naskhah popular yang menjadi kegilaan masyarakat ketika ia ditayangkan. 

Bercerita kepada Pancaindera, ramai penerbit akan berebut untuk mendapatkan slot tayangan di panggung ketika Hari Raya kerana kutipan yang memberangsangkan. 

“Ketika itu kita tiada media sosial dan juga platform over-thetop (OTT). Jadi, sudah menjadi tradisi untuk penonton ke panggung wayang ketika hari raya. 

“Di televisyen pula, saluran tidak banyak dan siaran pun hanya terhad sehingga pukul 12 tengah malam sahaja. Zaman itu pawagam adalah hiburan untuk masyarakat. Selain itu, harga tiket pun murah iaitu sekitar RM6 atau RM8 sahaja berbanding harga tiket hari ini. 

“Sebab itu ketika itu, jika penerbit berjaya dapat kutipan RM1 juta sudah dianggap pecah panggung,” katanya. 

Razak Mohaideen tidak dapat melupakan kemeriahan era itu apabila berpusu-pusu orang akan datang ke panggung menjelang raya dan beratur membeli tiket. 

“Saya ada satu cerita. Ada sebuah panggung wayang di Kedah terbakar akibat terlalu kerap memainkan  filem. Waktu dulu, satu dewan boleh menempatkan sehingga 1,000 penonton. Sangat besar. 

“Ketika itu,  lem saya Mami Jarum baru ditayangkan ketika Hari Raya ketiga. Filem ini mendapat sambutan yang sangat baik menyebabkan pihak panggung memainkan  filem itu berminggu-minggu lamanya,” katanya lagi. 

Bercakap mengenai genre  filem yang selalu menjadi pilihan, penerbit di awal tahun 2000-an tidak mempunyai modal yang banyak menghasilkan  filem. 

Sebagai pengarah, dia akan menghasilkan naskhah yang mempunyai jalan cerita yang mudah dan sesuai dengan semua peringkat umur. 

“Waktu itu kos pembikinan  filem pun tak sampai sejuta. Jadi, saya banyak ketengahkan genre kekeluargaan juga romantik komedi yang disuntik dengan sedikit elemen Hari Raya. 

“Dua  filem saya yang paling banyak mencipta kejayaan pada ketika itu ialah Mami Jarum dan juga Kuliah Cinta. Masing-masing ditayangkan semasa musim perayaan. 

“Malangnya ketika ini, situasi sudah terbalik. Penerbit akan elak tayangkan  filem semasa musim perayaan kerana kutipan akan jatuh merosot. Hari ini, skrin mengikuti kita ke mana sahaja berbanding dahulu kita yang datang untuk menonton apa yang ada di skrin,” jelasnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya