GERIK: Rindu beraya balik kampung dalam kalangan perajurit sedikit terubat apabila Panglima Tentera Darat (PTD), Jeneral Tan Sri Muhammad Hafizuddeain Jantan turut berkongsi kemeriahan Aidilfitri di Kem Sri Banding, dekat sini. Kehadiran PTD itu adalah untuk menyambut perayaan bersama anggota yang sedang bertugas di kawasan operasi Kota Echo/Foxtrot di kem tersebut. Majlis Sambutan Hari Raya yang diadakan telah disertai lebih 500 pegawai dan anggota terutama mereka yang bertugas operasi di perbatasan. Turut sama hadir dalam majlis tersebut ialah Panglima Medan Barat Tentera Darat, Leftenan Jeneral Datuk Pahlawan Muhammad Huzaimi Sabri…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya