SHAH ALAM: Seorang pengurus sebuah syarikat pengawal keselamatan didenda RM3,000 selepas mengaku bersalah di Mahkamah Majistret, di sini, hari ini kerana mengganggu tugas dan memaki polis, pada empat tahun lalu. Tertuduh, Paramveer Singh Bullaveer Singh membuat pengakuan demikian di hadapan Majistret Farah Rosnan selepas pertuduhan dibacakan ke atasnya. Lelaki berusia 38 tahun itu berdepan dua pertuduhan menghalang seorang penjawat awam daripada menjalankan kewajibannya yang sah di sisi undang-undang dengan cara enggan memberi pengenalan diri dan memaki hamun polis. Selain itu, dia juga dituduh menggunakan perkataan-perkataan kurang sopan kepada seorang pegawai…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya