PETALING JAYA: Pengguna jalan raya diingatkan bersabar dan memandu secara berhemah sepanjang perjalanan pulang ke kampung bagi menyambut Hari Raya Aidilfitri, minggu depan. Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, pengguna yang merancang pulang ke kampung halaman atau bercuti perlu menanamkan sifat sabar dan berhemah ketika menyusur kenderaan di jalan raya. Kata beliau, kebersamaan masyarakat dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) amat ditagih dalam memastikan kempen Op Selamat 22 sempena perayaan Aidilfitri yang bermula dari 8 hingga 13 April ini mencapai sasarannya. “Bersempena sambutan hari lebaran yang bakal menjelang tiba, …
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya