KUALA SELANGOR:Kerajaan digesa segera campur tangan bagi menyelesaikan isu harga padi yang rendah di Anjung Utara Selangor (Sekinchan) dan kawasan Sawah Sempadan, Tanjong Karang, di sini. Penyelaras Parlimen Tanjong Karang, Datuk Ng Suee Lim berkata, beliau telah menghantar surat berkaitan isu itu kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu kelmarin. Menurut Exco Kerajaan Tempatan dan Pelancongan Selangor itu, harga belian padi oleh pengilang amat rendah sehingga menjejaskan pendapatan pesawah apatah lagi menjelang sambutan Aidilfitri. “Harga berkenaan didapati berbeza berbanding sebelum…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya