KUCHING: Jenazah mendiang Joanna Felicia Rohna, salah seorang kru wanita yang terkorban dalam nahas dua helikopter Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di Lumut, dijangka akan dikebumikan esok. Menurut sumber, mendiang akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Kristian, Kampung Engkaroh kira-kira dua kilometer dari rumah mangsa. Terdahulu, dilaporkan jenazah mangsa akan tiba di Pangkalan Udara Kuching pada jam 8:15 malam ini menggunakan pesawat C-130 milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM). Seterusnya, mangsa akan terus dibawa ke rumah mendiang bagi memberi penghormatan terakhir di Kampung Engkaroh, Tebakang bahagian Serian. Joanna Felicia yang sudah…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya