Nadeera Zaini sanggup redah kesesakan trafik, dua tahun tak balik Kelantan - Utusan Malaysia

Nadeera Zaini sanggup redah kesesakan trafik, dua tahun tak balik Kelantan

SHAH ALAM 6 SEPTEMBER 2023- Sesi Fotografi bersama penyanyi, Nadeera Zaini pada sidang media Konsert Patah Hati di Bandar Utama Petaling Jaya di sini, hari ini. Foto: ISKANDAR ISHAK
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Sambutan Hari Raya Aidilfitri Nadeera Zaini tahun ini lebih bermakna apabila penyanyi ini berpeluang pulang ke kampungnya di Kelantan selepas dua tahun tidak berhari raya di negeri tersebut.

Kata Nadeera, disebabkan itu dia sanggup menempuh perjalanan panjang, yang mungkin mengambil masa sehingga lebih 9 jam untuk sampai kampung.

“Kalau bukan waktu perayaan, perjalanan dari Mersing, Johor ke Kelantan mengambil masa sekitar 8-9 jam. Kali ini disebabkan kesesakan trafik, perjalanan mungkin menjadi lebih lama.

“Tapi saya tak kisah kerana sudah lama tak pulang berhari raya di Kelantan, berjumpa saudara mara, pakcik dan makcik saya di sana.

“Mungkin kesempatan ini juga saya gunakan untuk menganjurkan majlis doa selamat selepas kemenangan dalam program Big Stage tahun lepas,” kongsinya.

Nadeera berkata demikian sempena pelancaran lagu Balik Raya baru-baru ini. Lagu tersebut menampilkan Wani Kayrie dan Indah Ruhaili.

Dalam pada itu, Nadeera juga menganggap sambutan Hari Raya kali ini lebih meriah dengan penganjuran Majlis perkahwinan keluarga terdekat.

“Paling teruja apabila sepupu saya paling rapat akan mendirikan rumah tangga pada Hari Raya ke-4.

“Inilah masanya untuk keluarga berkumpul kerana saudara mara akan pulang ke kampung untuk meraikan perkahwinan tersebut,” jelasnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN