SEPANG: Seorang wanita orang kurang upaya (OKU) tidak menyangka hasrat untuk menunaikan umrah selama ini akhirnya terlaksana, dan lebih istimewa ibadah itu dapat disempurnakan secara beramai-ramai bersama rakan-rakan senasib dengannya. Nor Hidayu Mohd Yusoff, 36, dari Persatuan Orang-Orang Cacat Penglihatan Islam Malaysia (Pertis) berkata, dia amat bersyukur apabila kesemua urusan ibadah umrah sepanjang 12 hari 10 malam berada di tanah suci Mekah dan Madinah dipermudahkan dengan segala proses dibantu oleh mutawif serta 10 sukarelawan yang bertindak sebagai pembimbing. Menurut guru Al-Quran itu, walaupun dia dan rakan-rakan lain tidak dapat melihat…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya