GAZA: Bukan sahaja kesan kerosakan yang dapat dilihat di struktur bangunan Hospital Al- Shifa, malah, pengunduran tentera Israel dari kompleks kesihatan itu turut meninggalkan memori pahit buat rakyat Palestin. Berkongsi kisah duka, seorang wanita Palestin, Jamila Al-Hissi yang terperangkap di dalam hospital itu mendedahkan pengalaman menakutkan di depan matanya sendiri. Kongsinya, tentera Israel tergamak merogol wanita, membakar dan membunuh seluruh ahli keluarga termasuk membakar bangunan yang menempatkan pelarian Palestin. “Saya merayu bantuan Palang Merah untuk membekalkan air kepada kanak-kanak dan pesakit disebabkan kami terperangkap akibat serangan bertali-arus oleh tentera Israel. …
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya