MCMC panggil Chegubard, Papagomo rakam percakapan

MCMC panggil Chegubard, Papagomo rakam percakapan

Chegu Bard
BADRUL HISHAM SHAHARIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

CYBERJAYA: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) memanggil pemilik akaun media sosial iaitu Badrul Hisham Shaharin atau lebih dikenali sebagai Chegubard untuk rakaman percakapan esok.

MCMC dalam satu kenyataan berkata, turut akan dipanggil ialah Wan Muhammad Azri Wan Deris atau Papagomo selain Mohamad Salim Iskandar atau lebih dikenali sebagai Salim Iskandar.

“Rakaman percakapan untuk Chegubard dan Salim Iskandar akan dijalankan di Ibu Pejabat MCMC di sini manakala untuk Papagomo pula di Balai Polis Setapak.

“Rakaman percakapan ini adalah susulan aduan berkenaan kandungan yang dimuat naik menerusi laman media sosial yang disyaki melanggar peruntukan di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588),” katanya hari ini.

MCMC menjelaskan, kes itu disiasat di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara sehingga satu tahun atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Justeru, orang ramai diingatkan agar tidak menyalahgunakan perkhidmatan rangkaian dan perkhidmatan aplikasi dalam talian untuk menyebarkan sebarang kandungan tidak sahih atau palsu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya