Mangsa tembakan berpengalaman 18 tahun sebagai 'bodyguard'

Mangsa tembakan KLIA berpengalaman 18 tahun sebagai ‘bodyguard’

Rashid Rataq
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Lelaki yang menjadi mangsa tembakan di Balai Ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1 mempunyai pengalaman luas menjadi pengawal peribadi atau bodyguard.

Pengarah Syarikat Elite Bodyguard Service, Rashid Ratag berkata, mangsa, Muhammmad Nur Hadith atau lebih dikenali sebagai Along merupakan seorang pekerja berpengalaman.

Katanya, Muhammad Nur Hadith telah bertugas dengan syarikatnya sejak empat tahun lalu dan berpengalaman luas selama 18 tahun menjadi pengawal peribadi.

“Dia memang seorang yang terlatih dalam membuat kawalan keselamatan. Disebabkan individu yang menggunakan perkhidmatan kami berisiko tinggi jadi kita memilih Along untuk menjadi pengawal peribadinya.

“Tidak sangka, Along benar-benar komited dengan tugasan yang diberikan sehingga sanggup menggadaikan nyawanya,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Untuk rekod, Syarikat Elite Bodyguard Service menawarkan perkhidmatan sebagai pegawal peribadi dan mempunyai 100 ahli yang berpengalaman luas dalam bidang keselamatan.

Kebanyakkan ahli mereka merupakan bekas-bekas polis dan anggota keselamatan lain.

Ditanya mengenai keadaan terkini mangsa, Rashid berkata, Along menunjukkan perkembangan yang baik selepas pembedahan pertama dilakukan.

Kata beliau, pihaknya dimaklumkan, pihak hospital akan menunggu dalam tempoh 48 jam bagi melakukan prosedur seterusnya.

“Peluru yang terkena mangsa tidak mengganggu usus penting, Along masih dalam pemantauan pihak doktor,” jelasnya

Dalam kejadian kira-kira pukul 1.30 pagi tadi, seorang pengawal peribadi kepada seorang wanita tercedera akibat terkena tembakan seorang lelaki.

Akibat kejadian itu, pengawal peribadi berkenaan dikejarkan ke hospital berdekatan dan dilaporkan kritikal.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN