PUTRAJAYA: Malaysia mengalu-alukan hasil siasatan laporan akhir penilai bebas yang menolak dengan tegas tuduhan Israel mengaitkan penglibatan kakitangan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian Palestin (UNRWA) dengan organisasi-organisasi pengganas. Kementerian Luar Negeri dalam kenyataan memaklumkan, Israel secara berterusan menyebarkan propaganda penipuan, tipu daya dan gambaran yang salah mengenai fungsi dan aktiviti-aktiviti UNRWA. Jelas Wisma Putra, tuduhan yang tidak berasas oleh Israel bukan sahaja memburukkan reputasi organisasi berkenaan, malah menyebabkan beberapa negara penyumbang menggantung sumbangan kewangan mereka kepada UNRWA. “Malaysia menggesa negara-negara yang menggantung sumbangan mereka untuk meneruskan semula bantuan kewangan kepada…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya