Malaysia-Pakistan perhebat hubungan perdagangan, pelaburan

Malaysia-Pakistan perhebat hubungan perdagangan, pelaburan

Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa menerima panggilan telefon rakan sejawatannya dari Pakistan
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Malaysia dan Pakistan mahu meneroka ruang untuk memperhebat hubungan  terutama dalam bidang perdagangan dan pelaburan antara kedua-dua negara.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menerima panggilan telefon daripada rakan sejawatnya dari negara itu, Shehbaz Sharif malam tadi berkata, kedua-dua pemimpin itu menzahirkan harapan supaya hubungan kedua-dua negara terus diperkukuh.

“Shehbaz turut mengulangi undangannya kepada saya untuk mengadakan lawatan rasmi ke Pakistan secepat mungkin.

“Menerusi perbualan telefon tersebut, kami senada mahu meneroka ruang untuk memperhebatkan hubungan Malaysia-Pakistan terutamanya dalam bidang perdagangan dan pelaburan,” katanya dalam kenyataan di Facebook hari ini.

Shehbaz ialah adik kepada Presiden Liga Muslim Pakistan-Nawaz (PML-N) Nawaz Sharif yang sebelum ini pernah menjadi Perdana Menteri  tiga kali.

Bulan lalu, Parlimen Pakistan memilih Shehbaz Sharif sebagai perdana menteri ke-24 negara itu untuk penggal kedua.

Dalam pada itu, Anwar berkata, beliau juga menyambut baik cadangan Shehbaz bagi mengeksport daging halal dari Pakistan ke Malaysia.

Kedua-dua pemimpin negara itu turut membincangkan pelbagai isu serantau dan antarabangsa termasuk situasi di Gaza dan Afghanistan.

“PM Shehbaz juga memuji pendirian Malaysia terkait permasalahan di Palestin.

“Mendoakan semoga hubungan Malaysia dan Pakistan akan terus berkembang demi manfaat bersama, Insya-Allah,” katanya. – UTUSAN

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN