Malaysia keluar nasihat perjalanan ke negara Timur Tengah

Malaysia keluar nasihat perjalanan ke negara Timur Tengah

Wisma Putra
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kerajaan Malaysia mengeluarkan nasihat perjalanan untuk rakyat yang berada di Iran, Jordan, Lebanon dan Iraq dengan meminta mereka mengambil langkah berjaga-jaga berikutan ketegangan Israel baru-baru ini.

Menurut Kementerian Luar Negeri, kerajaan komited untuk memastikan keselamatan dan kesejahteraan rakyat Malaysia di negara yang terlibat dengan membuat pemantauan teliti mengenai perkembangan di Timur Tengah.

“Akibat ketegangan yang semakin memuncak, beberapa negara, termasuk Iran, Jordan, Lebanon dan Iraq telah menutup ruang udara mereka.

“Rakyat Malaysia di negara ini harus bersedia menghadapi kemungkinan gangguan pada jadual penerbangan dan dinasihatkan untuk membuat pelarasan yang perlu dalam rancangan perjalanan mereka,” katanya.

Sekiranya berlaku kecemasan atau memerlukan bantuan semasa berada di luar negara, sila hubungi kedutaan atau konsulat Malaysia yang berhampiran iaitu Kedutaan Malaysia di Iran 9821-8807-2444, Kedutaan Malaysia di Jordan 962-6590-2400, Kedutaan Malaysia di Lebanon 961-7138-0063 dan Kedutaan Malaysia di Iraq 964-786-497-0086.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN