Mah Sing raikan ulang tahun ke-30, tawar hadiah RM500,000

Mah Sing raikan ulang tahun ke-30, tawar hadiah bernilai RM500,000

Mah Sing meraikan ulang tahun ke-30 dengan pemberian hadiah mega bernilai RM500,000 yang menampilkan trio kenderaan elektrik dan hadiah wang tunai. Pengurusan kanan kumpulan itu bersama dengan hadiah diawarkan. Mereka ialah Ketua Pegawai Operasi, Chris Chen Weng Hong (kiri) Ketua Pegawai Eksekutif Subsidiari Hartanah, Benjamin Ong (dua dari kiri); Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan & Pengarah Eksekutif, Dato' Voon Tin Yow (tiga dari kiri) dan Ketua Pegawai Eksekutif Subsidiari Hartanah, Yeoh Chee Beng (kanan).
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

~Memacu kelestarian ke hadapan; hadiah kempen termasuk kereta EV dan wang tunai untuk melengkapkan rumah baharu pembeli~ 

KUALA LUMPUR: Kumpulan Mah Sing Berhad (Mah Sing) genap usia 30 tahun! Untuk meraikan pencapaian ini, Kumpulan ini menggandakan kegembiraan dengan pemberian hadiah mega bernilai RM500,000, menampilkan tiga kenderaan elektrik (EV) dan hadiah wang tunai.

Kempen Ulang Tahun Ke-30 Mah Sing bermatlamat meraikan tiga dekad kecemerlangannya dalam industri hartanah. Pembeli rumah yang menempah hartanah Mah Sing dari 8 April 2024 hingga 31 Disember 2024, dan menandatangani Perjanjian Jual Beli (SPA) pada atau sebelum 31 Mac 2025, akan berpeluang memenangi hadiah tunai yang menarik atau hadiah utama kereta EV dari Tesla, BYD dan Neta-V.*

Pengasas dan Pengarah Urusan Kumpulan Mah Sing, Tan Sri Dato’ Sri Leong Hoy Kum berkata, sejak membuat keputusan untuk menceburi bidang pembangunan hartanah pada tahun 1994, beliau memang tahu perjalanan itu adalah sesuatu yang amat luar biasa.

“Tiga dekad dalam industri ini memang mencabar tetapi memberi ganjaran menarik, dan ini mendorong kami untuk menjadi salah sebuah pemaju hartanah terkemuka di Malaysia.

“Kejayaan ini tidak mungkin dicapai tanpa usaha bersama semua dalam Mah Sing, rakan kongsi kami yang dihargai dan lebih daripada 57,000 pemilik rumah di seluruh negara. Atas dasar ini, saya mengucapkan terima kasih yang setinggi-tingginya.

“Sambil kami merenung semula perjalanan indah yang telah kami kongsi selama ini; kami teruja untuk meraikan ulang tahun ke-30 kami dengan kempen ulang tahun selama setahun ini yang disesuaikan untuk pembeli rumah kami yang dihargai.

“Ini memberikan peluang keemasan kepada pembeli rumah untuk bukan sahaja mendapatkan rumah idaman mereka tetapi juga meningkatkan gaya hidup mereka di samping memberi impak positif kepada alam sekitar, dengan peluang untuk memandu pulang sebuah kereta EV.

Kediaman adalah lebih daripada sekadar bumbung di atas kepala, ia adalah tempat di mana memori dicipta. Sekarang adalah masa terbaik untuk memiliki rumah dengan Mah Sing, iaitu platform terbaik mencari kediaman impian,” sambung Tan Sri Dato’ Sri Leong. 

Pemberian hadiah kereta EV mencerminkan komitmen Mah Sing yang teguh terhadap inisiatif Alam Sekitar, Sosial, dan Tadbir Urus (ESG) untuk mengurangkan pelepasan karbon dan mempromosikan gaya hidup lestari. Kempen ini juga menjadi platform untuk meningkatkan kesedaran tentang kepentingan kelestarian dan memberi inspirasi kepada orang lain untuk turut serta membina masa depan yang lebih mementingkan alam sekitar.

 

Projek yang mengambil bahagian dalam kempen: 

Nama Projek Lokasi
Wisteria 2 @ M Senyum Bandar Baru Salak Tinggi, Selangor
M Nova Kepong, Kuala Lumpur
M Panora Rawang, Selangor
M Vertica Jalan Cheras, Kuala Lumpur
M Zenya Kepong, Kuala Lumpur
M Sinar @ Southville City Bangi, Selangor
M Terra Puchong, Selangor
M Oscar Sri Petaling, Kuala Lumpur
Allamanda @ Meridin East Johor Bahru, Johor
Erica East @ Meridin East Johor Bahru, Johor
M Minori Mukim Tebrau, Johor Bahru
Ferringhi Residence 2 Batu Ferringhi, Penang

 

Kempen ulang tahun ke-30 Mah Sing

Sepanjang berlangsung kempen ulang tahun, pembeli rumah yang layak akan berpeluang memenangi hadiah utama termasuk Tesla Model 3 yang sangat diidamkan ramai, Neta V yang inovatif dan BYD Dolphin.

Untuk layak menyertai kempen ini, pelanggan perlu mengikuti langkah-langkah mudah berikut: 

Langkah 1: Menempah rumah Mah Sing dari 8 April 2024 hingga 31 Disember 2024, dan menandatangani SPA sebelum 31 Mac 2025. 

Langkah 2: Menandatangani borang Terma dan Syarat (T&C) yang disediakan oleh penasihat hartanah berdedikasi kami. 

Langkah 3: Pelanggan akan menerima penyertaan dalam cabutan bertuah berdasarkan hari mereka menandatangani SPA berdasarkan tempoh yang ditetapkan selepas pendaftaran dibuat.

Untuk memastikan ketelusan dan keadilan, proses cabutan bertuah akan diaudit sepenuhnya oleh firma audit yang dipilih. Pemenang akan dipilih berdasarkan cabutan bertuah melalui Acara Siaran Langsung. 

Selain itu, pembeli rumah yang telah menandatangani SPA untuk projek, M Terra juga layak untuk menyertai kempen ulang tahun kami. 

Pembeli rumah berminat yang ingin mengetahui lebih lanjut tentang kempen boleh melawati laman sesawang kempen ‘Mah Sing 30th Anniversary’ di: 

https://mahsing.com.my/30anniversary atau boleh menghubungi 1300 80 6888, atau menghantar e-mel ke [email protected] untuk mengetahui lebih lanjut tentang kempen. 

*Tertakluk kepada Terma dan Syarat.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN