KUALA LUMPUR: Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) mengisytiharkan dividen sebanyak lima peratus bagi tahun kewangan 2023. Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, pendapatan bersih LTAT telah meningkat kepada RM537.80 juta pada 2023 daripada RM432.47 juta tahun sebelumnya yang merupakan peningkatan sebanyak 24 peratus. Katanya, tahun ini merupakan kali kedua berturut-turut kadar dividen diisytiharkan sebanyak lima peratus. “Keuntungan terkumpul selepas dividen LTAT juga telah mula berkembang dengan lebih besar kepada RM756.81 juta berbanding RM498.7 juta pada 2022 yang merupakan peningkatan sebanyak 52 peratus. “Pengumuman dividen hari ini adalah berdasarkan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya