SEREMBAN: Siapa sangka dengan sekadar suka-suka dan ingin membantu rakan berniaga, seorang suri rumah menjadikan jualan lemang periuk kera sebagai pendapatan sampingan buatnya. Rohaya Awang, 55, dari Taman Nilai Perdana, Nilai di sini memberitahu, setelah lapan tahun menjalankan perniagan itu, dia mampu meraih pendapatan lima angka terutama sambutan menggalakkan ketika musim perayaan. “Biarpun menjalankan perniagaan secara kecil-kecilan dari rumah, itu sudah membuatkan saya tidak menang tangan menerima tempahan sejak awal Ramadan. “Sememangnya lemang periuk kera ini ada penggemarnya, walaupun tahun ini agak menurun sedikit jumlah tempahan, saya masih menerima tempahan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya