TELUK INTAN: Seorang lelaki warga emas dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan melakukan amang seksual fizikal ke atas cucu tirinya yang berusia 11 tahun pada Disember lalu. Tertuduh berusia 63 tahun itu bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan jurubahasa di hadapan Hakim Intan Nurul Farena Zainal Abidin. Mengikut pertuduhan, tertuduh yang juga bekas pemandu teksi itu didakwa telah menyentuh payudara mangsa dan memeluknya dari belakang bagi maksud seksual di sebuah rumah rakit di Teluk Intan pada pukul 8 pagi, 24 Disember 2023. Pertuduhan terhadap…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya