IPOH: Seorang lelaki warga emas maut selepas dipercayai terjatuh dari tingkat 13 sebuah rumah pangsa di Jalan Bandar Timah, di sini hari ini. Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata, maklumat kejadian itu diterima daripada orang awam pada pukul 8.20 pagi. Katanya, siasatan mendapati, mangsa berusia 91 tahun itu dijumpai pengawal keselamatan di lorong belakang rumah pangsa berkenaan. “Mangsa merupakan lelaki warga tempatan dan dia dipercayai terjatuh dari tingkat 13 rumah pangsa tersebut. Ketika dijumpai, mayat mangsa dalam keadaan tidak sempurna. “Pemeriksaan pada tubuh mangsa…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya