TELUK INTAN: Seorang lelaki yang dilaporkan terjun ke dalam Sungai Perak di Dataran JPS, Jalan Bandar dekat sini semalam, ditemukan lemas hari ini. Mayat lelaki berusia 50-an itu dijumpai pasukan penyelamat di tebing seberang Pulau Bangau pada jarak lima kilometer dari lokasi dia dipercayai terjun. Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Teluk Intan, Mohd. Ismail Mohd. Yunus berkata, maklumat kejadian itu diterima pihaknya pada 2.20 petang, semalam. Katanya, sepasukan anggota termasuk Pasukan Penyelamat di Air (PPDA) BBP Teluk Intan digerakkan ke lokasi kejadian bagi menjalankan operasi mencari dan menyelamat (SAR).…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya