Laluan di Lipis, Raub perlahan, perantau mula pulang ke ibu kota

Laluan di Lipis, Raub perlahan, perantau mula pulang ke ibu kota

Laluan di Lipis, Raub perlahan, perantau mula pulang ke ibu kota
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

RAUB: Aliran trafik dari Lipis menghala ke Raub mulai sesak dengan kenderaan kebanyakan perantau dari Kelantan  menghala ke ibu negara selepas dua hari menyambut Hari Raya Aidilfitri.

Tinjauan  dari Pekan Dong menghala ke Kampung Sempalit  mula perlahan membabitkan  kira-kira 13 kilometer.

Bagaimanapun, aliran trafik menghala ke susur menuju Lingkaran Tengah Utama (LTU) ByPass Raub lancar. 

Seorang pengguna jalan raya, Aiman Syakir Ahmad, 40, berkata, dia sekeluarga memulakan perjalanan dari Kota Bharu sekitar pukul 7 pagi bagi mengelakkan kesesakan jalan raya. 

“Walaupun terdapat beberapa tempat yang mengalami kesesakan iaitu di laluan Kuala Krai-Gua Musang – Kuala Lipis dan laluan sebelum memasuki LTU ByPass Raub  namun ia masih terkawal. 

“Saya juga berhenti rehat di hentian rehat dan rawat (RNR) Benta untuk menghilangkan rasa mengantuk dan penat selepas memandu selama beberapa jam,”katanya di sini, hari ini. 

Hafizatul Akma Sidek, 32, pula berkata, dia mengambil laluan alternatif Kampung Berchang -Sungai Koyan-Cheroh -Bandar Raub sebelum memasuki  ke LTU bagi mengelakkan kesesakan. 

“Saya dari Gua Musang ingin pulang ke tempat kerja di Puchong, Selangor. Biasanya setiap kali pulang ke kampung halaman pada musim perayaan saya lebih gemar memilih jalan alternatif. 

“Walaupun ia ( laluan alternatif) sedikit jauh namun ia selesa kerana tidak banyak kenderaan selain tidak perlu menempuh kesesakan,” katanya. 

Bagi Khairul Fazly Hamidon, 37, berkata, dia dan keluarganya mengambil keputusan untuk pulang lebih awal pada hari ini kerana akan mula bekerja esok. 

“Saya ingat hari ini jalan kurang sesak tetapi sangkaan saya meleset kerana orang ramai telah memulakan perjalanan sejak awal pagi,” katanya. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN