Lakonkan semula watak itu? Oh! Tidak - Utusan Malaysia

Lakonkan semula watak itu? Oh! Tidak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BAGI sesetengah selebriti terutama pelakon yang sinonim dengan spesifik watak yang pernah mencetuskan populariti buat diri mereka pastinya tidak akan melepaskan peluang jika diberi kepercayaan untuk sekali lagi membawakan watak yang sama dalam projek  filem atau drama versi baharu. 

Malah, ada yang sanggup ‘meminta’ bayaran lebih tinggi daripada nilai sebelumnya jika khidmat lakonan mereka mahu diguna semula untuk watak yang serupa demi menghiburkan peminat dan penonton. 

Pun begitu, jangan tidak tahu, ada kalangan selebriti terkemuka Hollywood sanggup menolak untuk membawakan watak yang sama meskipun sedar sesebuah karya  filem atau drama itu begitu popular di mata peminat kesayangan.

Mempunyai sebab-sebab tersendiri, Pancaindera senaraikan lima pelakon terkemuka Hollywood yang enggan

RACHEL MCADAMS

POPULAR menerusi watak bernama Regina George dalam  filem Mean Girls, Rachel McAdams pernah dikhabarkan menyertai barisan pelakon lain dalam  filem tersebut dalam naskhah komersial untuk jenama Walmart. 

Bagaimanapun, harapan peminat musnah untuk melihat Rachel terbabit sama dalam projek berkenaan kerana pelakon ini tidak selesa untuk berlakon dalam naskhah berbentuk komersial. 

Kata Rachel dalam satu sesi temu bual dengan media antarabangsa, dia tidak teruja untuk melakonkan watak itu semula bagi sebuah  filem komersial. 

Bagaimanapun, dia tidak menolak untuk mempertimbangkan sebarang tawaran lakonan untuk watak yang sama bagi naskhah  filem.

MARY KATE & ASHLEY OLSEN

CUKUP popular sebagai pelakon cilik menerusi drama bersiri terkenal, Full House di era 80-an, pasangan kembar Mary Kate dan Ashley Olsen dikhabarkan telah menolak tawaran untuk kembali berlakon dalam drama berkenaan. 

Pada 2016, naskhah drama itu telah dihasilkan semula dalam versi terbaharu berjudul Fuller House di Netfliix. 

Hampir semua barisan pelakon asal turut membintangi drama berkenaan namun tidak buat dua pelakon ini yang popular dengan watak Michelle Tanner. 

Menurut sumber, baik Ashley dan Kate, kedua-dua mereka tidak lagi selesa untuk kembali ke dunia lakonan sejak di usia 17 tahun dan belum bersedia untuk membuat kemunculan semula demi meneruskan empayar perniagaan jenama The Row yang diusahakan mereka.

CHAD MICHAEL MURRAY 

Apabila drama bersiri Gilmore Girls kembali menjadi hits di beberapa platform OTT dengan versi A Year in the Life, hampir semua pelakon asal telah membintangi drama berkenaan kecuali Chad Michael Murray. 

Chad yang membawakan watak Tristan dalam drama popular tersebut telah menolak tawaran untuk melakonkan semula watak berkenaan meskipun sedar peminat menanti kemunculannya. 

Menurut Chad, dia tahu mengenai pembikinan drama tersebut tetapi mengakui tidak mempunyai masa untuk menyalurkan sepenuh komitmen untuk watak Tristan. 

Chad juga memberi alasan bahawa dia mahu memberi tumpuan membesarkan anak sulungnya pada waktu itu.

JENNETTE MCCURDY

SITKOM iCarly dihidupkan semula pada 2021 setelah mendapat banyak permintaan daripada peminatnya. 

Bagaimanapun, di kala hampir semua barisan pelakon asal kembali membuat kemunculan dalam naskhah terbaharu, kelibat Jennette McCurdy tidak kelihatan. 

Jennette yang memainkan watak Sam Puckett dikatakan tidak dapat menyertai barisan pelakon lain kerana berdepan dengan masalah kesihatan mental. 

Meskipun telah dipujuk untuk kembali berlakon, Jennette tetap dengan pendiriannya selain menganggap agak mustahil untuk dia membawakan watak yang serupa.

Difahamkan, siri sitkom tersebut berjaya bertahan selama tiga musim dengan membarisi pelakon seperti Miranda Crossgrove, Jerry Trainor dan Nathan Kress.

ZACHARY QUINTO

KETIKA drama bersiri Heroes dicanang bakal dihasilkan semula dengan tajuk baharu berjudul Heroes Reborn, tentu sahaja pelakon utamanya, Zachary Quinto menjadi nama yang paling dinanti-nantikan untuk naskhah tersebut. 

Bagaimanapun, menurut Zachary, dia tidak  kir kewujudannya dalam drama bersiri terbaharu itu akan memberi kesan sebagaimana drama sebelumnya. 

“Rasanya, saya tidak akan kembali membawakan watak serupa untuk drama itu. Memang berlakon dalam drama itu telah memberikan satu pengalaman yang bermakna buat saya. 

“Tetapi, entahlah, rasanya saya tidak akan pernah mahu kembali bawakan watak sama. Lebih baik saya diberi peluang meneroka watak lain pula,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya