TELUK INTAN: Kekurangan anggota fizikal bukan halangan bagi seorang lelaki mencari rezeki seperti orang lain malah tidak kekok menjalankan perniagaan menjual lemang di Kampung Bahagia di sini. Herry Nizam Salleh, 44, kudung tangan kiri selepas terlibat kemalangan jalan raya pada 2018 di Johor Bahru, namun dia masih mampu menyediakan lemang untuk dibakar seperti peniaga lain. Dengan hanya sebelah tangan, Herry berupaya mengisi beras pulut dan santan ke dalam buluh dan membakar lemang. Menurutnya, memandangkan kekurangan pada fizikalnya, dia perlu bersabar melakukan pekerjaan tersebut. “Membuat lemang memerlukan kesabaran yang tinggi. Dengan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya