KUALA SELANGOR: Kotak hitam helikopter milik Agensi Penguatkuasaan maritim Malaysia (Maritim Malaysia) jenis AW139 yang terhempas berhampiran perairan Pulau Angsa, di sini akhirnya ditemui selepas misi mencarinya memasuki hari ke-44, hari ini. Kotak hitam tersebut ditemui selepas bahagian ekor helikopter terbabit dikesan berada pada kedudukan 1.9 batu nautika selatan Pulau Angsa iaitu kira-kira 760 meter dari lokasi nahas tersebut pada 5 Mac lalu. Ketua Pengarah Maritim Malaysia, Laksamana Maritim Datuk Hamid Mohd. Amin berkata, kotak hitam tersebut ditemui oleh pasukan penyelam penyelamat Maritim Malaysia pada misi pencarian di lokasi nahas.…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya