KUALA TERENGGANU: Seorang anggota polis berpangkat koperal dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini atas dua tuduhan meminta dan menerima suapan berjumlah RM1,450 pada 2021. Tertuduh, Muhamad Alif Abdul Jamal, 33, bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan memohon untuk dibicarakan sebaik semua pertuduhan itu dibacakan di hadapan Hakim Mohd. Azhar Othman. Berdasarkan pertuduhan, tertuduh yang bertugas di Balai Polis Chukai, Kemaman didakwa secara rasuah telah memperoleh suapan sebagai dorongan melakukan perbuatan berhubung hal ehwal prinsipalnya. Tertuduh didakwa menerima RM1,000 dan RM450 oleh pengadu melalui dua transaksi ke dalam akaun banknya sebagai balasan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya