KIRA-KIRA 30 motosikal BMW dengan 50 penunggang dan pembonceng menyertai konvoi amal anjuran Auto Bavaria sempena Ramadan dan Hari Raya Aidilfitri, Sabtu lalu. Konvoi diketuai Ketua Jualan (Motorrad) Auto Bavaria Ara Damansara, Ahmad Faisal itu berkunjung ke premis Pertubuhan Kebajikan Anak-Anak Yatim dan Asnaf Baitun Nurrawdhah di Keramat, Kuala Lumpur. Selain beramah mesra dengan penghuni rumah anak yatim tersebut, peserta konvoi turut menyampaikan barangan keperluan harian serta wang tunai sumbangan kakitangan Auto Bavaria dari tiga cawangan iaitu Ara Damansara, Kuala Lumpur dan Balakong serta individu. – UTUSAN
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya